Tuesday, 6 March 2012
Perggghhh....jawatankuasa pemandu yang diketuai Idris Jala??????
Entah aper lagi boleh diperkatakan buat kepimpinan PAS Pusat mahupun Negeri nih."Bodoh Piang X Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh diikut". Sebenarnya pelantikan exco nih tak sepatutnya jadi terbelit. Kuasa mutlak terletak pada menteri besar. Kalau si dua dogol tuu tak nak dilantik, Menteri besar lantiklah sapa-sapa dalam PAS Kedah yang ada seniority. Apa susah kuasa mutlak ditangan Menteri Besar!.
Ini sampai meeting berjam2 bagai nak gila jadinya,seakan meeting pasai jatuh bangun ekonomi Malaysia ajer tapi tak berkeputusan.Aku lebih suka keputusan yang dibuat oleh DS Azizan terdahulu, dua jawatan exco tersebut akan dikosongkan. Tapi dek pengaruh/tekanan tangan2 ghaib perasit2 yang sial nieh...maka Menteri Besar terpaksa akur jugak akhirnya untuk merujuk isu bodoh nie ke PAS Pusat. Kesian DS Azizan....dek kerana awak tuu bukan barua pada DSAI, 2 dogol ini berjaya menunjukkan bahawa jawatan exco kerajaan kedah adalah lebih MULIA dan TINGGI darjahnya daripada jawatan Menteri Besar.
Ini baru betul-betul diluar tabii nih. Siap akan ditubuhkan jawatan kuasa Pemandu untuk memantau Menteri Besar Kedah! apa kejadah pun aku tak tau. Bukankah ahli2 exco kedah itu sendiri sudah menjadi penasihat secara automatik terhadap apa2 keputusan yang bakal dibuat didalam setiap mesyuarat exco negeri? Aperlah yang bengap sangat PAS Pusat punyer penyelesaian nihhh.....isskkkk aku rasa cam nak penampaq muka depa nih! Walaubagaimanapun aku sedaq, ini bukti sebenarnya kekuasaan DSAI terhadap kerajaan PAS kedah. Sebelum nih memberi tekanan tahap gaban punyer pada DS Azizan suruh letak jawatan....tapi DS Azizan kata bo layan...pi mampus kat hang DSAI...aku MB aku boleh buat aper yang aku suka! Tapi suka DS Azizan tidak lama, akhirnya terpaksa akur dengan penubuhan jawatan Pemandu buat MB Kedah. Itupun aku tak tau samada penubuhan jawatan kuasa pemandu nih sah ataupun tidak dalam adat/undang2 tubuh negeri Kedah! dek pun buat perkara gila macam ini....ada ke patut!
Sembang banyak2 pun tak berguna apa dia....bikin menyirap darah aku lagi adalah.....Hikmah isu bangang PAS Pusat dengan Negeri ini buat rakyat-rakyat di Kedah dan Malaysia amnya adalah membuktikan secara sohihnya PAS dan PAKATAN HARAM ini sememangnya gila kuasa!. Tinggal beberaper hari ajer lagi DS Najib akan membubarkan parlimen untuk memberi laluan pilihanraya ke 13.....tapi geng2 PAS dan PAKATAN HARAM nih dok sibuk berebut jawatan. Biar aku jatuhkan Menteri Besaq pun takpe, janji aku boleh jawatan exco. Punyerlah terliuoq abis depa nih. Mintak simpanglah depa nih daripada memegang kerusi kerajaan Pusat aper dia......Memang hancuslah Malaysia begini kalau PAKATAN HARAM memerintah!
Tolonglah warga Malaysia yang punyai akal fikiran, nilaikan depa2 nih.....depa nih bukan nak melunaskan segala janji2 pilihanraya ke 12 dulu, konon nak bagi RM 75 sebulan untuk keluarga menghantar anak2 ke pusat penjagaan,cukai tanah nak diskaun 50% dan macam2 lagik....mana ada depa buat! Pandai berjanji sahaja depa nih.....pembohong!
Labels:
PAS Kedah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment